Selasa, 8 Disember 2009

Ariffahmi jangan guna ayah mertua untuk kepentingan diri


Ariffahmi sepatutnya segera meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tidak perlu untuk menunggu lama konon sebagai mengikut prosedur syarikat.


Beliau sepatutnya sedar perbuatannya itu menimbulkan fitnah yang lebih besar dan sepatutnya beliau segera berundur sebelum menerima kecaman lebih hebat dari rakyat.


Jika beliau ikhlas mahu menjaga nama baik Tuan Guru Nik Abdul Aziz segeralah melepaskan awatan.


Janganlah berdolak dalih dalam isu ini lagi. Sebenarnya penyelesaian adalah ditangan Ariffahmi. Jika Ariffahmi segera meletakkan jawatan insyaallah perkara ini akan reda dan tiada lagi fitnah akan melanda Tuan Guru dalam isu ini. Sekaranglah masa untuk Ariffahmi buktikan kejujurannya dalam menjaga maruah ayah mertuanya dan Islam.


Melambat-lambatkan proses perletakan jawatan ditakuti akan menimbulkan suasana fitnah yang lebih besar.


Sekarang inilah sepatutnya penasihat Tuan Guru menunjukkan keikhlasan mereka kerana Allah dalam perjuangan dengan menasihati Tuan Guru Nik Aziz supaya menyegerakan perletakan jawatan Ariffahmi.


Jika penasihat Tuan Guru Nik Aziz masih lagi berdiam diri menunjukkan mereka sebenarnya syaitan bisu yang mahu melihat Tuan Guru Nik Aziz menghadapi fitnah yang lebih besar.


Adakah Ariffahmi fikir beliau boleh memperbodohkan rakyat yang sedang melihat isu ini?


Atau adakah Ariffahmi sedang mengatur strategi untuk kepentingan duniawinya.


Sikap Ariffahmi menyebabkan rakyat serba salah dalam membuat penilaian.


LETAK JAWATAN SEGERA. CUKUPLAH DENGAN APA YANG DITANGGUNG OLEH TUAN GURU KAMI. JANGAN KAMU MENAMBAHKAN LAGI SIKSA DIJIWANYA. TUAN GURU KAMI BUKAN KEPUNYAAN KAMU SEORANG WALAUPUN KAMU MENANTUNYA. JANGAN PERGUNAKAN DIA.

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009