Posted on Wednesday, April 29 @ 13:34:22 MYT by Paktam Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi Seminggu dua ini saya terpaksa berehat . Rehat terpanjang dalam sejarah saya menyertai gerakan Islam PAS ini . Saya mengalami masaalah gangguan ketara di bahagian peti suara sehingga menyukarkan saya untuk bercakap dan saya dinasihatkan supaya tidak menyampaikan ceramah atau kuliah dalam tempoh sebulan ini . Banyaklah program saya terpaksa dibatalkan dan saya memohon berbanyak maaf atas kesulitan yang dialami oleh pihak penganjur ekoran pembatalan tersebut . Saya berjanji saya akan ganti dengan tarikh yang lain insyaallah . Rehat membuatkan masa saya banyak terluang dan saya manafaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga setelah sekian lama mereka menanggung beban rindu lantaran sering berjauhan . Alhamdulillah , saya juga dapat menumpukan banyak masa untuk membaca kitab dan menulis kerana keduanya adalah kegemaran saya yang sering terabai kerana kesibukan di medan juang . Sungguh saya rasakan keperitan apabila terpaksa gantung 'microfon' dalam tempoh yang panjang , namun saya yakin akan hikmah di atas ketentuan Allah swt dan saya terimanya sebagai ujian ke atas diri yang memerlukan saya insaf dan menganalisa diri . Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka . Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini : Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh . Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya. Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India . Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau . Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar . Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal . Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ] Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini . Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya . Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya . Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] . Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam . Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] . 2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini . Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat . Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum . Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti . Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa . Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ? Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah . Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini . Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden . Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti . Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara . Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh . Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya . Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar . Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui. |
Rabu, 29 April 2009
Respon Saya Terhadap Penjelasan Ustaz Nik Mohd Abduh
Apa Unity Government (kerajaan perpaduan)?
01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam parlimen ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerana elaun mereka dibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kerana tatkala mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliamen dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI.
Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parlimen; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parlimen semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti dan mereka boleh membangkang jika perkara itu relevan mengikut pandangan mereka walaupun usul tersebut dibawa oleh parti mereka. (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatik gugur parti dan elemen kepartian dalam parlimen, kerana semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerana persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua ahli parlimen adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universiti/Kolej sekat pelajar dari menyokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerana di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.
06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat (Warga) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerana pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan elemen-elemen kepartian kerana yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bila tertegaknya Insya Allah, Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur("Negara yang makmur, aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parlimen (DYMM Agong) Justeru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya boleh menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerana tiada amalan-amalan 'Bias" dan berkepentingan Kroni boleh bertapak kerana PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bole bersuara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Allah, tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada elemen yg mengancam negara akan bawa ke mahkamah terbuka atau di dakwa di bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri dan bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker), tetapi berlakunya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman ) ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksana kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the present civil Law.
SEMANGAT 'UNITY GOVERNMENT'
01 Nas :
i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
iii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberi kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihan raya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerana RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang 'censorship'
supaya rakyat boleh melihat siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CAP JARI (DAKWAT) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesional, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dan sebagainya yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parlimen(DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.
Nash Ar-Rawy/23.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Selasa, 28 April 2009
(243) ABO @ Bukit Gantang : AL-FAATIHAH..Seruan alBanjari - Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah.
TUESDAY, APRIL 28, 2009
Wak menerusi blog ini menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah, di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara islam ku, buat anak2 yang telah pergi, Al-Fatihah..
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga)
Musibah Pilu@Bukit Gantang :
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
Mengapa Timbalan Presiden Perlu Seorang Ulama’?
Saya tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. Saya ada alasan dan hujah.
Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.
Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’
Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.
Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.
Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.
Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.
Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.
Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.
Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.
Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?
Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.
Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.
Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.
Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.
Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?
Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.
Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?
Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.
Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.
Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.
Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.
Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.
2 Tok Guru Kesayangan Ummah
Oleh Ustaz Nasarudin Tantawi
Isnin, 27 April 2009
Abdul Hadi nafi tarik balik Kerajaan Perpaduan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.
"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib).
"Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.
Berdasar kepada perkembangan masa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.
PAS Bukit Bintang merupakan kawasan pertama yang tidak mencalonkan Abdul Hadi untuk mempertahankan jawatan presiden.
Sebaliknya, kawasan tersebut mencalonkan Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi jawatan tersebut.
Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik ditarik balik atas alasan ia tidak difahami orang ramai termasuk ahli PAS sendiri.
Minta BN bertanding
Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah oleh Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, yang menyatakan cadangan itu bertentangan dengan keputusan Muktamar Agung Pas di Ipoh tahun lalu.
Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusan yang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklah dibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Abdul Hadi mencabar BN supaya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penant.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu Isnin depan.
Abdul Hadi berkata, BN serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.
Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan
pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.