Rabu, 29 April 2009

Apa Unity Government (kerajaan perpaduan)?


 01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam parlimen ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.


02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerana elaun mereka dibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT

03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kerana tatkala mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliamen dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI.
Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parlimen; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parlimen semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti dan mereka boleh membangkang jika perkara itu relevan mengikut pandangan mereka walaupun usul tersebut dibawa oleh parti mereka. (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatik gugur parti dan elemen kepartian dalam parlimen, kerana semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerana persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua ahli parlimen adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universiti/Kolej sekat pelajar dari menyokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerana di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat (Warga) yang SAMA

07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerana pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan elemen-elemen kepartian kerana yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bila tertegaknya Insya Allah, Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur("Negara yang makmur, aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parlimen (DYMM Agong) Justeru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya boleh menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerana tiada amalan-amalan 'Bias" dan berkepentingan Kroni boleh bertapak kerana PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bole bersuara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Allah, tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada elemen yg mengancam negara akan bawa ke mahkamah terbuka atau di dakwa di bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri dan bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker), tetapi berlakunya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman ) ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksana kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the present civil Law.

SEMANGAT 'UNITY GOVERNMENT'

01 Nas : 

i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an

ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an

iii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah

02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberi kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai

03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihan raya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerana RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.

05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang 'censorship'
supaya rakyat boleh melihat siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CAP JARI (DAKWAT) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesional, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dan sebagainya yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parlimen(DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

1 ulasan:

  1. Mengapa PM baru perlu segera melawat negara jiran?

    Sewaktu aplikasi Microsoft Word dibuka untuk menulis artikel ini pada petang Rabu, 29 April, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bersama isteri beliau serta rombonganterdiri daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu dan Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay; dan beberapa pegawai kanan kerajaan tiba di Bandar Seri Begawan.

    Menurut ceritanya, rombongan Najib dijangka membincangkan isu kepentingan bersama dengan matlamat memperkukuh dan meningkatkan persahabatan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brunei.

    Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa adalah penting Malaysia menjalin hubungan diplomatik sihat dengan negara-negara luar terutamanya negara anggota ASEAN, tetapi nampaknya sudah menjadi semacam satu tabiat mahal yang kerap dilakukan bagi PerdanaMenteri baru negara membuat lawatan seumpama ini tidak lama setelah mengangkat sumpah jawatan.

    Dahulupun ketika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau begitu tergesa-gesa mengadakan lawatan bukan sahaja ke negara ASEAN malah ke negara-negara lain sehinggakan beliau mencipta rekod peribadi tersendiri dalam mengadakan lawatan luar ke luar negara.

    Kini tidak sampai pun sebulan Najib mengambil tempat Abdullah selaku Perdana Menteri, beliau dan rombongannya telahpun mengadakan lawatan ke dua buah negara ASEAN bermula dengan Indonesia.

    Tentulah sesuatu yang baik, setidak-tidaknya untuk diri beliau sendiri sekiranya Najib bercita-cita mahu menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri yang sekurang-kurangnya lebih menonjol daripada Abdullah kerana merasakan tidak mungkin dapat menyamai kecermelangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Sejauh ini, iaitu dalam masa sebulan selepas menjadi Perdana Menteri, dari segi mencipta slogan Najib sudahpun menunjukkan kegarangannya apabila dengan tergesa-gesa mengidentifikasikan kepimpinannya dengan slogan 'Satu Malaysia' sehinggakan dunia tertanya apakah fokus dan cita-cita negara rakyat Malaysia mengalami perubahan sebaik sahaja bertukar Perdana Menteri.

    Tatkala Dr Mahathir mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Hussein Onn pada 1981, beliau memiliki beberapa slogan dalam begnya. Antaranya termasuklah Penerapan Nilai-Nilai Islam, Dasar Pandang Ke Timur dan beberapa lagi.

    Sebelum bersara Dr Mahathir mencipta pula Wawasan 2020 dengan harapan setidak-tidaknya slogan itu kekal menjadi popular dan diasosiasikan kepada dirinya lama setelah beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

    Mungkin Dr Mahathir menyedari cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju tidak mungkin dapat dicapai pada tahun 2020 sekiranya ia hanya berdasarkan pertumbuhan ekonomi tahunan pada kadar 7 peratus yang dinikmati Malaysia pada beberapa tahun sekitar 1980-an.

    Beliau sendiri sudah tentu lebih maklum prestasi seperti itu sukar dikekalkan kerana keadaan ekonomi yang tidak statik dan sentiasa berubah-rubah dari masa ke semasa. Namun, bagi beliau, selagi rakyat Malaysia percaya cita-cita itu berkemungkinan dicapai menerusi semangat Malaysia Boleh, maka selagi itulah Wawasan 2020 akan kekal diperkata dan dikumandangkan.

    Begitupun, disebabkan terlalu lama menjadi Perdana Menteri, beliau terlupa bahawa jawatan tersebut bukan sekadar kepimpinan dan khidmat untuk rakyat dan negara tetapi ia juga adalah semacam satu perlumbaan peribadi 'siapakah sebenarnya lebih tahu macam mana nak jadi Perdana Menteri'.

    Maka tidak lama selepas beliau bersara, Wawasan 2020 segera dipeti-besikan oleh Abdullah. Beliau menggantikannya dengan Islam Hadhari, Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan tiba-tiba fokus dan orientasi cita-cita rakyat Malaysia mengalami satu transformasi minda dan psikologi yang besar.

    Kini tibalah pula giliran apa yang menjadi lencana keperdana-menteriannya (premiership) dibungkus satu persatu oleh Najib sebelum disimpan dalam peti-besi sejarah buat selama-lamanya.

    Islam Hadhari dikatakan akan dikaji semula dan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pula sudah tidak kedengaran lagi.

    Nampaknya Najib memulakan perlumbaannya di atas landasan yang dibina Dr Mahathir dan dijejaki oleh Abdullah. Bermula dengan pencipataan slogan, diikuti pula dengan pengukiran janji untuk membuat itu dan ini seolah-olah secara tidak langsung mengatakan 'segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu tidak betul dan dialah sebenarnya yang benar-benar tahu bagaimana membuatkan apa yang salah menjadi betul'.

    Kini Najib seolah-olah berusaha keras untuk memintas rekod Abdullah dalam membuat lawatan luar negara.

    Nampaknya semua ini dan banyak lagi sudah menjadi semacam satu tradisi pemimpin Umno apabila dilantik menjadi Perdana Menteri.

    Selain membazirkan wang awam bagi membuat lawatan hanya untuk memberitahu pemimpin negara yang dilawati bahawa "I'm the new boss now", atas alasan kononnya mahu menjalinkan persabahatan dan kerjasama dua-hala lebih erat (seolah-olah sebelum ini persahabatan dan kerjasama kurang erat di bawah kepimpinan lama), rakyat juga akan kehilangan fokus apabila slogan baru diperkenalkan bagi menggantikan slogan yang telah dipopularkan dengan kos yang ditanggung rakyat sendiri.

    Ini belum lagi mengambil kira bagaimana kita dipersenda dan ditertawakan oleh orang lain.

    Kini Najib sibuk bercakap tentang liberalisasi. Tapi apakah beliau telah membebaskan dirinya dari tradisi memulakan jawatan Perdana Menteri ini dengan pelbagai pembaziran yang sebenarnya tidak diperlukan sama sekali?

    BalasPadam

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009