Selasa, 9 Jun 2009

Ahli PAS Takut Dengan Kerajaan Perpaduan?


Ada segelintir ahli PAS salah faham dengan apa yang presiden PAS ucapkan berkenaan dengan kerajaan perpaduan. Inilah padah apabila terlalu fanatik dengan seseorang dan terlalu mudah menerima sesuatu berita tanpa usul periksa. Perkara ini sepatutnya tidak menimbulkan kerisauan antara kita. Apa yang kita nak risaukan? Kita akan risau jika perkara ini tidak membawa kebaikkan, tetapi jika kita tidak faham kita sepatutnya bertanya?  

Untuk pengetahuan semua Kerajaan perpaduan yang di cadangkan oleh TGH Abdul Hadi bukanlah bermaksud sebuah kerajaan di mana PAS akan masuk kedalam BN atau PAS masuk kedalam Umno. Adakah kita semua berfikiran yang presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS akan bergabung dengan UMNO/BN untuk berkuasa dan menubuhkan kerajaan bersama Umno? Yang peliknya kenapa orang PAS begitu ghairah apabila kononnya Pakatan akan berkuasa pada 16 Sept tahun lalu. Nampaknya tiada sesiapa yang rasa tertipu dengan canang PKR ketika itu. Malah Mustafa Ali dikecam hebat oleh TGH Nik Abdul Aziz kerana Mustafa Ali beranggapan perkara itu tak mungkin akan berlaku. Tetapi apa kesudahannya? Seluruh orang Pakatan Rakyat tertipu dengan propaganda Anwar dan pimpinan PKR. Adakah salah TGH Abdul Hadi membuka rundingan dengan Umno? Adakah Islam mengamalkan dasar menutup pintu rundingan dengan kumpulan yang lain. Di manakah sifat "tabligh" atau menyampaikan Islam kepada orang ramai? Sedangkan rasulullah sendiri mengamalkan dasar berunding dan menyampaikan dahwah kenapa pula kita menolak dasar itu? 

JIKA KITA SENDIRI MENGAMALKAN DASAR PERMUSUHAN DAN MENOLAK RUNDINGAN DENGAN ORANG LAIN BAGAIMANA KITA HENDAK SAMPAIKAN ISLAM KEPADA MEREKAJ? Rasulullah ketika bersama saidina Abu Bakr sampai ke disuatu tempat baginda dan Abu bakr telah baling dengan batu hingga cedera. Lalu malaikat menawarkan bantuan kepada baginda untuk menghempap penduduk tersebut dengan bukit tetapi rasulullah tidak membenarkannya. Kata rasulullah jika mereka yang ada menolak Islam baginda berdoa agar benih mereka yang lahir akan menerima dan mempertahankan Islam. Islam bukan diperjuangkan kerana emosi. Kerana kita marah kepada apa yang Umno lakukan maka kitapun mengambil sikap bermusuh dan menutup pintu rundingan. ITU ADALAH KONSEP YANG SALAH. APAPUN KITA WAJIB MENYAMPAIKAN DAKWAH KEPADA MEREKA WALAU APAPUN TERJADI. JANGANLAH IKUT EMOSI... MEMANG KITA MARAH SETIAP PERBUATAN ZALIM MEREKA TETAPI MENUTUP PINTU RUNDINGAN ADALAH SESUATU YANG SALAH. KITA TETAP AKAN DIPERSOALKAN APAKAH KITA MEMIKUL AMANAH YANG TELAH DIWAJIBKAN KEATAS KITA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI.

Antara usul yang diterima tanpa bahas dalam PAS ialah meminta supaya kerajaan mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Tetapi DAP dan PKR menentang keras usul ini dan meminta supaya usul ini dikaji semula. Nampaknya tarbiyah PAS kepada kedua-dua parti dalam Pakatan ini masih belum mencukupi. Walaupun seolah-oleh dicanangkan kedua-dua ini seolah-olah mula memahami Islam yang dibawa oleh PAS tetapi keadaan sebaliknya berlaku. ADAKAH PAS AKAN MENGIKUT KEHENDAK PARTI DAP DAN PKR YANG MENJADI SEKUTU DENGAN PAS? Sedangkan kita tahu bahawa SIS banyak menyesatkan akidah orang Islam. Mereka mengunakan Islam tetapi sebenarnya bertujuan untuk menyesatkat orang Islam. KENAPA MEREKA MENENTANG USUL INI TERUTAMANYA PKR? INI ADALAH KERANA KEBANYAKKAN PIMPINAN DALAM PKR MENGANUT AJARAN ISLAM LIBERAL YANG DIANUTI OLEH SIS. KITA BEKERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP BUKAN KERANA AKIDAH DAN DASAR PERJUANGAN YANG SAMA. TETAPI BERSAMA UNTUK MEJATUHKAN UMNO. ITU KITA KENA FAHAM. KEDUA-DUA PARTI INI MASIH TIDAK MENERIMA DAN MENOLAK DASAR PERJUANGAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS. ITU JUGA KITA KENA FAHAM.  

Berkenaan kerajaan perpaduan pula sebenarnya ia membabitkan semua parti. PARTI UMNO/BN, PKR, DAP, PAS dan juga bebas. Tidak timbul isu kononnya kerajaan perpaduan adalah PAS sertai Umno. Dalam kerajaan perpaduan setiap MP adalah mewakili rakyat dan bukannya parti. Setiap yang diperbincangkan adalah untuk kebaikan rakyat. Setiap MP boleh membangkang tanpa terikat dengan peraturan parti. Tetapi agenda utamanya adalah untuk kebaikan rakyat jelata. Itu secara ringkasnya. Bagaimanapun ia memerlukan persetujuan dari semua parti dan MP yang ada. Jadi janganlah tertipu dengan agenda pihak tertentu yang cuba merosakkan parti. SEKALI LAGI SAYA KATAKAN KERAJAAN PERPADUAN TIDAK TIMBUL SOAL PAS MASUK UMNO SEPERTI YANG DITAFSIRKAN OLEH KUMPULAN TERTENTU DALAM PAS SEBALIKNYA IA ADALAH UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT.  

Nampaknya terdapat trend dalam PAS sudah mula mengutuk presiden dan melawan kata presiden. Bukan salah untuk menegur tetapi menegurlah secara beradab. Saya juga pasti bahawa Presiden sedia menerima teguran yang membina. Ada pihak tertentu menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menghentam Presiden dan Timbalan Presiden parti. Nampaknya puak-puak ini telah menggunakan isu ini di forumkan dalam blog-blog sehingga kelihatan menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli PAS kepada Presiden. Mana yang meyokong Presiden pula akan menghentam pihak lawan. Adakah ini wajar? Adakah pihak yang tidak puas hati ini ingin menimbulkan ketegangan dalam parti?

Beberapa wartawan harakah juga nampaknya mempersoalkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh TGH Abdul Hadi. Melalui perbualan mereka ketika menemui mereka saya beranggapan mereka tidak faham apa yang dimaksudkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh TGH Abdul Hadi. Antaranya mereka sedih kononnya perwakilan di muktamar yang lalu membidas Umno tetapi pemimpin mempertahankannya. Mereka juga mendakwa bahawa PAS tidak akan dapat memerintah tanpa pertolongan dari DAP dan PKR. Mereka juga berkata Kelantanlah sahaja dapat mempertahankan pemerintahannya dari dirampas oleh UMNO. Tidak seperti Terengganu hanya sepenggal sahaja di perintah oleh PAS dan akhirnya di rampas kembali oleh BN. Kita kena faham KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA BUKAN MATLAMAT PAS DALAM PERJUANGANNYA. KEMENANGAN MUNKIN JADI NOMBOR DUA, TIGA ATAU EMPAT DALAM PERJUANGAN. YANG MENJADI MATLAMAT ADALAH KEREDHAAN ALLAH DALAH PERJUANGAN. PAS TELAH BIASA KALAH. KALAU MENANG TETAPI SEHINGGA DASAR PERJUANGAN YANG ADA SEKARANG DI BUANG DAN MATLAMAT UNTUK MENEGAKKAN ISLAM GAGAL DITEGAKKAN KERANA INGIN BERKUASA DAN MEMENUHI KEHENDAK SEKUTU DAN MENJAGA HATI SEKUTU MAKA SIA-SIALAH PERJUANGAN KITA DALAM PAS. KITA AKAN DIPERSOALKAN DIHADAPAN ALLAH KELAK. APA YANG PENTING KITA SENTIASA MeNYAMPAIKAN DAKWAH KITA DAN SENTIASA MENTAATI PEMIMPIN SELAGI MEREKA MENTAATI ALLAH DAN RASUL.

Janganlah kita rosakkan parti kita dengan perbalahan yang sengaja dicipta oleh musuh-musuh Islam. Setiap berita hendaklah kita siasat dan periksa. Jangan kita terpengaruh dengan berita palsu untuk merosakkan parti sehingga menimbulkan fitnah yang kita akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Janganlah kita cuba memburuk-burukkan pimpinan parti untuk memenuhi agenda kita. Jadi kepada mereka yang cuba menimbulkan keadaan yang tegang untuk kepentingan dan agenda tertentu, hentikanlah segera. Janganlah jadi pengkhianat parti. Jika ada masalah buatlah teguran atau pandangan menerusi saluran yang betul dengan ikhlas.

Kerajaan Perpaduan ini sepatutnya diforumkan dan terus diperbincangkan oleh pimpinan agar ia dapat di fahami oleh semua orang bukan ditentang tanpa usul periksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009