Isnin, 6 Julai 2009

DAP dan PKR cuba tunjuk taring dalam Pakatan Rakyat


APABILA DAP Kedah menarik diri dari Pakatan Rakyat (PR)  ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang telah menjadi tradisi dalam DAP apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara mereka akan mengambil tindakan yang dirasakan dapat memuaskan hati mereka tanpa memikirkan kawan-kawan mereka yang ada dalam gabungan itu.


Sebelum ini pun mereka pernah keluar dari pakatan pembangkang ketika bekerjasama dengan Semangat 46 dan PAS. Mereka kemudiannya keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah dan bekerjasama dengan Semangat 46 atas nama Gagasan Rakyat. Mereka memberi alasan tidak mahu bekerja sama dengan PAS kerana PAS memperjuangkan Negara Islam.


Kemudian apa bila pembangkang banyak tewas dalam pilihan raya ke-11 pada 2003, mereka mengumukan tidak akan bekerjasama dengan PAS kerana merugikan mereka. Mereka menyalahkan PAS  kerana sebab kerja sama tersebut mereka kehilangan sokongan majoriti orang Cina.


Tindakan Dato' Seri Azizan  membenarkan supaya rumah sembelihan babi, di Kampung Berjaya di Alor Star dirobohkan menunjukkan lagi sikap sebenar DAP. Majoriti penduduk di kawasan sekitar sememangnya mahukan supaya pusat penyembelihan babi itu ditutup. Tuan punya sembelihan babi itu juga dikatakan membuang sisa babi sesuka hati dan menyebabkan udara berada di paras indeks yang cukup melampau dan bahaya. Bau yang kurang menyenangkan setiasa menghantui penduduk di sana sekian lama. 


Penduduk juga menyambut baik dan berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBSA) atas tindakan mereka merobohkan pusat penyembelihan babi itu. Akhirnya penduduk di sana dapat menghirup udara yang segar setelah lama menderita dengan bau yang busuk.


Hanya kerana robohnya pusat penyembelihan babi ini, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su mengambil tindakan nekad bila mengumumkan keluar dari PR. Mereka dikatakan kecewa kerana MBSA merobohkan rumah sembelihan babi  itu


Sebenarnya MBSA telah menangguhkan kerja meroboh rumah sembelihan babi itu selama sebulan atas permintaan tuan punya rumah sembelihan babi


Mereka juga membangkitkan mengenai kuota 50 peratus bagi bumiputera sedangkan mereka sepatutnya tahu bahawa tanah yang dibangunkan itu adalah asalnya rezab Melayu. 


Selang beberapa hari kemudian Adun tunggal DAP Kedah mengisytiharkan bebas dan berkecuali. Mereka ini memang mementingkan diri dari memikirkan hak rakyat. 


Persolannya dalam isu ini adakah sebenarnya perjuangan mereka ini berbentuk perkauman atau menuntut keadilan untuk rakyat. Mereka juga telah membuat fitnah secara terang-terangan apabila mengatakan kerajaan di bawah pentadbiran PR juga akan merobohkan rumah ibadat orang India dan Cina. Inilah sebenarnya bentuk politik yang diamalkan oleh mereka. Mereka sebenarnya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu ada tolenrasi antara kaum. 


Perangai biadap mereka ditambah dengan kedatangan Lim kit Siang dan taklimat yang diberi kepada Kit Siang juga adalah salah. Seolah-olah PR dibawah Ust Azizan tidak mengendahkan pendapat mereka dan banyak ketidak puas hatian yang ada dalam hati DAP Kedah terhadap pentadbiran PR di Kedah. Sepatutnya Kit Siang tidak mengeluarkan kenyataan umum mengatakan DAP Kedah ada sebab untuk keluar dari PR. Dia mesti bijak dan kata-katanya itu seolah-olah merestui tindakan yang dibuat oleh DAP Kedah. Ini akan merumitkan lagi masalah.  PAS sebenarnya banyak bertolak ansur dari banyak segi dalam PR. 


Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak perkara yang menimbulkan tidak puas hati PAS tetapi itu bukanlah alasan untuk mereka mengugut kerajaan PR dan mengambil kesempatan apabila keadaan ini berlaku. Adalah tidak wajar saya mengeluarkan apa yang menimbulkan ketidak puashatian PAS disini kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan yang ada. Tetapi DAP mahpun PKR perlu menghormati PAS sebagai anggota dalam Pakatan. Janganlah cuba mengambil kesempatan terhadap kesabaran PAS dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umum. 


PAS sebenarnya telah biasa kalah dalam pilihan raya. Untuk makluman PAS pernah menguasai dua negeri tanpa pertolongan dari mana-mana parti politik. Memang PAS mahukan kemenangan tetapi perlu diingat oleh PKR dan DAP, PAS juga tidak takut kalah.


PAS juga ada tahap kesabaran. PAS juga bukan parti yang mengkhianati kawan. Kenyataan dari CheguBard  membatalkan semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS atas alasan Pemuda PAS membuat Wacana dengan Pemuda Umno juga menunjukkan CheguBard tidak menghormati Pemuda PAS dan cuba mencampuri urusan dalaman Pemuda PAS. Untuk pengetahuan CheguBard sebelum ini pun Pemuda PAS bergerak sendiri dan tetap menjadi parti alternatif buat orang Melayu dan Islam. Kami tidak menjadi seperti parti yang hidup segan mati tak mahu seperti Akim, Berjasa, Berjaya, Kimma dan lain-lain parti yang sewaktu dengannya. Jadi tidak perlulah CheguBard menunjukkan kekuatan yang sejemput seperti  cucur kodok itu. Kekuatan Pemuda PAS adalah berganda dari kekuatan AMK. Bukan saya nak menghina tetapi sekadar untuk mengingatkan CheguBard realiti yang sebenar. Jadi kepada DAP dan PKR jangan lah nak tunjuk besar kepala. Cubalah ada semangat setiakawan seperti PAS. Janganlah jadikan Budaya ugut mengugut. Ia Tidak membawa kebaikan dalam PR dan parti .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009