Selasa, 7 Julai 2009

Khir sahkan istana di Shah Alam miliknya


SHAH ALAM, 7 Jun: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan rumah resort ala Bali di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah miliknya.

Bagaimanapun, beliau menafikan rumah itu berniali RM24 juta sebagaimana yang didakwa oleh Adun Sekincan, Ng Sue Lim.

"Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta," kata Khir dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan tawaran terbuka kepada Ng untuk mencari pembeli dengan harga tersebut.

"Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM12 juta kepada beliau," kata Khir lagi.

Semalam, Ng membawa wartawan ke kawasan 'Istana Khir' itu dan mendedahkan itu adalah rumah Khir Toyo berdasarkan carian yang beliau buat di Pejabat Tanah Negeri.

Beliau mendakwa rumah berpagar tinggi, berkolam renang dan berlanskap ala Bali itu bernilai RM24 juta berdasarkan tanahnya dibeli dengan nilai RM3.8 juta dan kos pembinaannya adalah lebih RM20 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009