Selasa, 7 Julai 2009

Pahang hilang tokohnya dengan pergi Saiyed Ahmad

TEMERLOH, 7 Julai: Pahang hilang seorang tokoh penulis dan aktivis belia terkenal apabila Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah atau lebih dikenali dengan Abah, 81 tahun, meninggal dunia hari ini.


Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden MAYC juga dikenali sebagai Sahmad Malaya meninggal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Selain MAYC, Abah juga pernah menjadi Ketua Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP)dan AJK Gapena.

"Beliau adalah seorang guru, penulis dan pemimpin belia," kata anaknya, Syed Putra Saiyed Ahmad, Editor Buku Harakah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertandingan Formula Future Kebangsaan 2009